1
“Aku
ini
pokok
anggur
yang
benar,
dan
Bapa-Ku
peladang
anggur.
2
Dia
mengerat
setiap
ranting-Ku
yang
tidak
berbuah,
dan
mencantas
setiap
ranting-Ku
yang
berbuah
supaya
berbuah
lebih
lebat
lagi.
3
Kamu
sudah
dibersihkan
dengan
ajaran
yang
Kusampaikan
kepadamu.
4
Tetaplah
di
dalam-Ku
seperti
Aku
di
dalammu.
Ranting
tidak
dapat
berbuah
jika
terpisah
dari
pokok
anggur.
Demikian
jugalah
kamu:
Kamu
dapat
berbuah
hanya
jika
kamu
tetap
di
dalam-Ku.
5
Aku
pokok
anggur
dan
kamu
ranting-rantingnya.
Jika
kamu
tetap
di
dalam-Ku
dan
Aku
di
dalam-Mu,
kamu
akan
berbuah
lebat.
Tanpa-Ku,
kamu
tidak
dapat
menghasilkan
apa-apa.
6
Sesiapa
yang
tidak
tetap
di
dalam-Ku
adalah
seperti
ranting
yang
dikerat
lalu
dibiarkan
kering,
kemudian
dikumpulkan,
dan
dibuang
ke
dalam
api
lalu
dibakar.
7
Sekiranya
kamu
tetap
di
dalam-Ku,
dan
kata-kata-Ku
tetap
di
dalammu,
mintalah
apa
sahaja
yang
kamu
kehendaki,
permohonan
itu
akan
dikabulkan.
8
Kemuliaan
Bapa
ternyata
apabila
kamu
berbuah
lebat.
Itulah
tanda
kamu
benar-benar
murid-Ku.
9
Sebagaimana
Bapa
mengasihi-Ku,
demikianlah
juga
Aku
mengasihimu.
Tetaplah
dalam
kasih-Ku.
10
Jika
kamu
menurut
perintah-Ku,
kamu
akan
tetap
dalam
kasih-Ku;
sebagaimana
Aku
menurut
perintah
Bapa
dan
tetap
dalam
kasih-Nya.
11
Aku
berkata
demikian
kepadamu
supaya
kebahagiaan-Ku
ada
dalam
dirimu
dan
sempurnalah
kebahagiaanmu.
12
Inilah
perintah-Ku:
Kasihilah
sesama
sendiri,
seperti
Aku
mengasihimu.
13
Tiada
kasih
yang
lebih
besar
daripada
kasih
seorang
yang
mengorbankan
nyawanya
untuk
sahabatnya.
14
Kamu
sahabat-sahabat-Ku
jika
kamu
melaksanakan
perintah
yang
telah
Kuberikan.
15
Aku
tidak
lagi
memanggilmu
hamba,
kerana
hamba
tidak
tahu
apa
yang
dilakukan
oleh
tuannya.
Aku
memanggilmu
sahabat-sahabat-Ku,
kerana
segala
perkara
yang
Kudengar
daripada
Bapa-Ku
telah
Kuberitahu
kepadamu.
16
Bukan
kamu
yang
memilih-Ku
tetapi
Aku
yang
memilihmu
dan
menyuruhmu
berbuah
lebat,
dan
buahmu
itu
haruslah
kekal,
maka
apa
sahaja
yang
kamu
minta
dalam
nama-Ku,
Bapa
akan
mengurniakannya
kepadamu.
17
Inilah
perintah-Ku
kepadamu:
Kasihilah
sesama
sendiri.”
18
“Jika
dunia
membencimu,
ketahuilah,
dunia
telah
membenci-Ku
terlebih
dahulu.
19
Andainya
kamu
milik
dunia,
maka
dunia
akan
mengasihimu
seperti
kepunyaannya
sendiri.
Tetapi
Aku
telah
memilihmu
dan
kamu
bukan
lagi
milik
dunia.
Maka
itulah
dunia
membencimu.
20
Ingatlah
apa
yang
telah
Kukatakan
kepadamu,
‘Seorang
hamba
tidak
lebih
besar
daripada
tuannya.’
Jika
mereka
menganiaya-Ku,
mereka
akan
menganiayamu
juga.
Jika
mereka
menurut
kata-kata-Ku,
mereka
akan
menurut
kata-katamu
juga.
21
Semua
itu
akan
dilakukan
mereka
terhadapmu,
kerana
nama-Ku,
dan
mereka
tidak
mengenal
Dia
yang
mengutus-Ku.
22
Kalaulah
Aku
tidak
datang
dan
bercakap
kepada
mereka,
tidaklah
mereka
berdosa.
Tetapi
sekarang
mereka
tidak
mempunyai
alasan
bagi
dosa
mereka.
23
Sesiapa
yang
membenci-Ku,
membenci
Bapa-Ku
juga.
24
Sekiranya
Aku
tidak
melakukan
perkara-perkara
yang
belum
pernah
dilakukan
orang
di
hadapan
mata
mereka,
mereka
tidaklah
berdosa.
Tetapi
mereka
telah
melihat
sendiri
apa
yang
Kulakukan
dan
mereka
tetap
membenci-Ku
dan
Bapa-Ku.
25
Hal
ini
semestinya
begitu,
supaya
berlaku
apa
yang
tersurat
dalam
Taurat
mereka:
‘Mereka
membenci-Ku
tanpa
alasan.’
26
Apabila
Penolong,
Roh
Kebenaran
daripada
Bapa,
yang
Kuutus
kepadamu
datang,
Dia
akan
bersaksi
tentang-Ku.
27
Kamu
juga
akan
bersaksi
tentang-Ku,
kerana
kamu
semua
bersama-Ku
dari
mula
lagi.