1 Untuk pemimpin muzik. Dengan alat muzik bertali. Mazmur Daud. Dengarlah rayuanku, ya Allah; dengarlah doaku.
2 Dari hujung bumi aku akan merayu kepada-Mu, ketika hatiku tertekan; bimbinglah aku ke tempat batuan yang lebih tinggi daripadaku.
3 Kerana Engkaulah tempat aku bernaung, menara perkasa yang melindungiku daripada musuh.
4 Aku akan tinggal di khemah suci-Mu selama-lamanya aku akan berlindung di bawah naungan sayap-Mu. Sela
5 Kerana Engkau, ya Allah, telah mendengar segala janjiku; Engkau telah memberiku warisan mereka yang takut akan nama-Mu.
6 Engkau akan melanjutkan usia raja, hayatnya dan zuriatnya turun-temurun.
7 Dia akan berada di hadirat Allah selama-lamanya; kurniakanlah kasih dan kesetiaan yang akan memeliharanya.
8 Maka aku akan menyanyikan puji-pujian bagi nama-Mu selama-lamanya untuk menunaikan janjiku setiap hari. Sela