1 Untuk pemimpin muzik. Dengan alat-alat muzik bertali. Renungan Daud ketika orang Zif memberitahu Saul, “Daud bersembunyi di kawasan kami.” Selamatkanlah aku, ya Allah, dengan nama-Mu; dan belalah aku dengan kekuatan-Mu.
2 Dengarlah doaku, ya Allah; dengarlah kata-kataku.
3 Orang asing telah bangkit menyerangku; dan orang zalim cuba meragut nyawaku – mereka tidak ingat akan Allah. Sela
4 Allah menolong aku; Tuhan menyertai orang yang mempertahankan nyawaku.
5 Allah akan membalas kejahatan musuhku; akan menghapuskan mereka dalam kesetiaan-Nya.
6 Aku akan mempersembahkan korban kepada-Mu dengan sepenuh kerelaan; aku akan memuji nama-Mu, ya TUHAN, yang penuh kebaikan.
7 Kerana Allah telah menyelamatkan aku daripada segala kesusahan, dan mataku telah melihat hasratku tercapai dengan ketewasan musuhku. Sela