1 Pujilah TUHAN! Pujilah Allah di tempat suci-Nya; pujilah Dia dalam langit-Nya yang perkasa.
2 Pujilah Dia kerana perbuatan-Nya yang hebat; pujilah Dia kerana kebesaran-Nya yang unggul.
3 Pujilah Dia dengan bunyi sangkakala, pujilah Dia dengan gambus dan kecapi,
4 pujilah Dia dengan tamborin dan tarian, pujilah Dia dengan alat bertali dan seruling,
5 pujilah Dia dengan simbal yang gempita, pujilah Dia dengan simbal yang gemerencing.
6 Setiap yang bernafas, pujilah TUHAN. Pujilah TUHAN!