1
Saul
menyetujui
kematian
Stefanus.
Pada
masa
itu
penganiayaan
yang
dahsyat
dilakukan
terhadap
jemaah
di
Yerusalem;
dan
mereka
pun
bercerai-berai
di
serata
Yudea
dan
Samaria,
kecuali
para
rasul.
2
Beberapa
orang
yang
salih
mengebumikan
Stefanus
dan
amat
meratapi
kematiannya.
3
Saul
berusaha
untuk
menghapuskan
jemaah;
dia
memasuki
setiap
rumah
dan
menyeret
keluar
lelaki
perempuan
lalu
memasukkan
mereka
ke
dalam
penjara.
4
Mereka
yang
bercerai-berai
pergi
ke
merata-rata
menyampaikan
firman.
5
Kemudian
Filipus
pergi
ke
sebuah
kota
di
Samaria
dan
memberitakan
Kristus
kepada
orang
di
situ.
6
Apabila
orang
ramai
mendengar
apa
yang
dikatakan
Filipus
dan
melihat
segala
tanda
keajaiban
yang
dilakukannya,
mereka
semua
memperhatikan
dengan
sepenuh
hati
apa
yang
dikatakannya.
7
Roh-roh
jahat
melolong
sambil
keluar
daripada
ramai
orang
yang
kerasukan,
manakala
sebilangan
besar
yang
lumpuh
dan
tempang
telah
disembuhkan.
8
Seluruh
kota
itu
amat
bersukacita.
9
Akan
tetapi,
ada
seorang
lelaki
bernama
Simon,
yang
dahulunya
mengamalkan
sihir
di
situ
dan
mengagumkan
orang
Samaria
serta
mengaku
dirinya
seorang
yang
hebat.
10
Mereka
semua,
daripada
yang
paling
rendah
tarafnya
hinggalah
kepada
yang
tertinggi,
mendengar
katanya.
Mereka
berkata,
“Orang
ini
dikenal
sebagai
Kuasa
Besar
Allah.”
11
Mereka
mendengar
katanya
kerana
dia
telah
lama
mengagumkan
mereka
dengan
sihirnya.
12
Namun
apabila
mereka
mempercayai
Filipus
ketika
dia
mengkhabarkan
berita
baik
tentang
kerajaan
Allah
dan
nama
Yesus
Kristus,
mereka
pun
dibaptiskan,
baik
lelaki
mahupun
perempuan.
13
Kemudian
Simon
sendiri
percaya;
dan
setelah
dibaptiskan
dia
terus
menyertai
Filipus
dan
amat
kagum
melihat
mukjizat-mukjizat
serta
tanda
yang
dilakukan.
14
Apabila
para
rasul
di
Yerusalem
mendengar
bahawa
orang
Samaria
telah
menerima
firman
Allah,
mereka
mengutus
Petrus
dan
Yohanes
ke
sana.
15
Setelah
sampai
di
situ,
kedua-duanya
berdoa
semoga
mereka
menerima
Roh
Kudus,
16
kerana
mereka
belum
lagi
dipenuhi
oleh-Nya.
Mereka
baru
dibaptiskan
sahaja
dengan
nama
Tuhan
Yesus.
17
Kemudian
Petrus
dan
Yohanes
meletakkan
tangan
atas
mereka
lalu
mereka
menerima
Roh
Kudus.
18
Setelah
Simon
melihat
betapa
Roh
Kudus
diberikan
ketika
para
rasul
meletakkan
tangan,
dia
menawarkan
wang
kepada
mereka
19
sambil
berkata,
“Berilah
aku
kuasa
itu
juga,
supaya
sesiapa
yang
kuletakkan
tangan
atasnya
akan
menerima
Roh
Kudus.”
20
Tetapi
Petrus
berkata
kepadanya,
“Punahlah
wangmu
bersamamu,
kerana
kamu
menyangka
kurnia
Allah
dapat
dibeli
dengan
wang!
21
Kamu
tidak
ada
bahagian
dalam
pekerjaan
kami,
kerana
hatimu
tidak
ikhlas
di
mata
Allah.
22
Oleh
itu,
bertaubatlah
daripada
kejahatanmu
itu,
dan
berdoalah
kepada
Tuhan
semoga
kamu
dapat
diampuni
kerana
niat
dalam
hatimu
itu;
23
kerana
kulihat
kamu
diracuni
perasaan
kepahitan
dan
dibelenggu
dosa.”
24
Simon
menjawab,
“Berdoalah
kepada
Tuhan
untukku,
supaya
apa
yang
kamu
sebutkan
tadi
tidak
menimpaku.”
25
Setelah
mereka
memberikan
kesaksian
dan
menyampaikan
firman
Tuhan,
mereka
pun
pulang
ke
Yerusalem,
sambil
menyebarkan
Injil
tentang
Yesus
di
banyak
kampung
orang
Samaria.
26
Malaikat
Tuhan
berkata
kepada
Filipus,
“Bangkit
dan
pergilah
ke
arah
selatan
di
jalan
antara
Yerusalem
dengan
Gaza.
Sekarang
tempat
itu
lengang.”
27
Dia
pun
bangkit
lalu
pergi.
Ada
seorang
Ethiopia,
seorang
sida-sida,
yang
besar
pangkatnya
di
bawah
perintah
Kandake,
ratu
negeri
Ethiopia,
dan
ditugaskan
menjaga
seluruh
perbendaharaannya.
Dia
telah
pergi
ke
Yerusalem
untuk
beribadat.
28
Ketika
dia
sedang
dalam
perjalanan
pulang
dan
sambil
duduk
di
dalam
rata
kudanya,
dia
membaca
kitab
Nabi
Yesaya.
29
Roh
Kudus
berkata
kepada
Filipus,
“Pergi
dekati
rata
itu.”
30
Filipus
pun
berlari
mendapatkannya
lalu
mendengarnya
membaca
kitab
Nabi
Yesaya.
Filipus
berkata,
“Fahamkah
apa
yang
kamu
baca
itu?”
31
Jawabnya,
“Bagaimana
aku
dapat
memahaminya,
kecuali
ada
orang
yang
membimbingku?”
Dia
pun
mengajak
Filipus
naik
duduk
di
sisinya.
32
Bahagian
Kitab
Suci
yang
dibacanya
ialah:
“Seperti
domba
yang
dibawa
untuk
disembelih,
seperti
anak
domba
yang
senyap
di
hadapan
orang
yang
menggunting
bulunya,
maka
Dia
tidak
membuka
mulut-Nya.
33
Dia
dihina
dan
keadilan
direntap
daripada-Nya,
maka
siapa
akan
mengisahkan
keturunan-Nya?
Nyawa-Nya
direnggut
dari
muka
bumi.”
34
Sida-sida
itu
berkata
kepada
Filipus,
“Aku
bertanya
kepadamu,
tentang
siapakah
nabi
itu
bercakap,
tentang
dirinya
atau
seseorang
lain?”
35
Filipus
pun
membuka
mulutnya:
bermula
dari
bahagian
Kitab
Suci
itu,
dia
menyampaikan
berita
baik
tentang
Yesus
kepada
sida-sida
itu.
36
Sedang
mereka
meneruskan
perjalanan,
mereka
sampai
di
suatu
tempat
yang
berair.
Sida-sida
itu
berkata,
“Lihat,
di
sini
ada
air.
Apa
yang
menghalang
aku
daripada
dibaptiskan?”
37
Filipus
berkata,
“Jika
kamu
percaya
sepenuh
hati,
kamu
boleh
dibaptiskan.”
Sida-sida
itu
menjawab,
“Aku
percaya
bahawa
Yesus
Kristus
itu
Anak
Allah.”
38
Lalu
dia
mengarahkan
rata
itu
dihentikan.
Dia
bersama
Filipus
turun
ke
dalam
air,
lalu
Filipus
membaptisnya.
39
Setelah
mereka
keluar
dari
air,
Roh
Tuhan
mengambil
Filipus
dari
situ.
Sida-sida
itu
tidak
melihatnya
lagi,
lalu
meneruskan
perjalanan
dengan
sukacita.
40
Filipus
mendapati
dirinya
di
Asdod.
Dia
meneruskan
perjalanan
sambil
menyampaikan
Injil
di
segala
kota
hingga
sampai
di
Kaisarea.