1
Aku
amanahkan
kepadamu
Febe,
saudari
kita,
seorang
yang
mengabdikan
diri
kepada
jemaah
di
Kengkrea,
2
supaya
kamu
menyambutnya
dalam
Tuhan
sebagaimana
yang
wajar
di
antara
orang
salih,
serta
membantunya
apabila
dia
memerlukan
pertolonganmu,
kerana
dia
telah
menolong
ramai
orang,
termasuklah
aku.
3
Sampaikan
salamku
kepada
Priskila
dan
Akwila,
rakan-rakan
seperjuanganku
dalam
Kristus
Yesus.
4
Mereka
telah
bergadai
nyawa
untukku.
Bukan
aku
sahaja
yang
terhutang
budi
kepada
mereka,
malah
seluruh
jemaah
daripada
bangsa-bangsa
lain.
5
Salam
kepada
jemaah
yang
berhimpun
di
rumah
mereka.
Salam
kepada
Epenetus,
saudara
yang
kukasihi,
orang
yang
pertama
beriman
kepada
Kristus
di
Asia.
6
Salam
kepada
Maria,
yang
telah
bertungkus-lumus
untukmu.
7
Salam
kepada
Andronikus
dan
Yunias,
saudara-saudara
sebangsaku
dan
teman-temanku
di
dalam
penjara.
Mereka
ialah
orang
terkemuka
di
antara
para
rasul,
dan
yang
telah
menerima
Kristus
sebelumku.
8
Salam
kepada
Ampliatus
yang
kukasihi
dalam
Tuhan.
9
Salam
kepada
Urbanus,
rakan
seperjuangan
kamu
dalam
Kristus,
dan
juga
kepada
Stakhis
yang
kukasihi.
10
Salam
kepada
Apeles,
yang
diperkenan
dalam
Kristus.
Salam
kepada
Aristobulus
dan
seisi
rumahnya.
11
Salam
kepada
Herodion,
saudara
sebangsaku.
Salam
kepada
Narkisus
sekeluarga,
yang
hidup
dalam
Tuhan.
12
Sampaikan
salamku
kepada
Trifena
dan
Trifosa,
yang
telah
berpenat
lelah
dalam
Tuhan.
Salam
kepada
Persis
yang
kukasihi,
yang
juga
telah
bertungkus-lumus
dalam
Tuhan.
13
Salam
kepada
Rufus,
hamba
yang
terpilih
dalam
Tuhan,
dan
kepada
ibunya,
yang
telah
menjadi
ibu
juga
kepadaku.
14
Salam
kepada
Asinkritus,
Flegon,
Hermes,
Patrobas,
Hermas
dan
saudara-saudara
yang
bersama
mereka.
15
Salam
kepada
Filologus
dan
Yulia,
Nereus
dan
saudara
perempuannya
Olimpas,
serta
semua
orang
salih
yang
bersama
mereka.
16
Bersalam-salamanlah
dengan
ciuman
suci.
Jemaah-jemaah
Kristus
berkirim
salam
kepadamu.
17
Saudara-saudaraku,
aku
meminta
kepadamu,
berwaspadalah
terhadap
mereka
yang
menimbulkan
perpecahan
dan
menyesatkan
orang
daripada
ajaran
yang
telah
kamu
terima.
Berpalinglah
daripada
mereka.
18
Orang
demikian
bukanlah
hamba
Tuhan
Kristus
tetapi
hamba
kepada
hawa
nafsu
mereka
sendiri.
Mereka
memperdaya
hati
orang
yang
lurus
dengan
kata-kata
yang
manis.
19
Semua
orang
telah
mengetahui
ketaatanmu.
Oleh
itu,
aku
bergembira
tentangmu.
Aku
mahu
kamu
bijak
dalam
kebaikan
serta
bersih
daripada
kejahatan.
20
Allah,
sumber
kesejahteraan,
akan
segera
membuat
Iblis
hancur
di
bawah
kakimu.
Semoga
kasih
kurnia
Tuhan
kita
Yesus
Kristus
menyertai
kamu
semua.
21
Timotius,
rakan
seperjuanganku,
berkirim
salam
kepadamu;
begitu
juga
Lukius,
Yason
dan
Sosipater,
kawan-kawan
sebangsaku.
22
Aku,
Tertius,
yang
menulis
surat
ini,
juga
berkirim
salam
kepadamu
dalam
Tuhan.
23
Gayus,
yang
memberiku
tempat
menumpang
serta
semua
jemaah
yang
berhimpun
di
rumahnya,
berkirim
salam
kepadamu.
Salam
juga
daripada
Erastus,
bendahara
kota,
dan
Kuartus,
saudara
kita.
24
Semoga
kasih
kurnia
Tuhan
kita
Yesus
Kristus
menyertai
kamu
semua.
25
Sekarang,
kepada
Dia
yang
berkuasa
meneguhkan
kamu
menurut
Injil
yang
kusampaikan
dan
perkhabaran
tentang
Yesus
Kristus,
menurut
pernyataan
rahsia
yang
tersembunyi
sejak
permulaan
dunia
26
tetapi
kini
telah
dinyatakan,
dan
melalui
nubuat-nubuat
dalam
Kitab
Suci
telah
disampaikan
kepada
semua
bangsa,
menurut
perintah
Allah
yang
kekal,
supaya
mereka
dibawa
mentaati
iman;
27
kepada
Allah
sahaja,
yang
penuh
bijaksana,
segala
kemuliaan
melalui
Yesus
Kristus
selama-lamanya.
Amin.