1 Maka setelah berlakunya pelbagai peristiwa itu ada orang memberitahu Yusuf, “Ketahuilah, ayah tuan sedang sakit.” Lalu Yusuf pergi kepadanya dengan membawa bersama-sama kedua-dua anaknya, Manasye dan Efraim.
2 Apabila Yakub diberitahu, “Anakmu Yusuf datang mengunjungimu,” Israel mengerahkan seluruh tenaganya untuk duduk di tempat tidurnya.
3 Berkatalah Yakub kepada Yusuf, “Allah Yang Maha Kuasa pernah menampakkan diri kepadaku di Lus, di Tanah Kanaan. Allah memberkati aku