1 Maka malaikat berdua itu sampai di Sodom pada petang hari. Lut yang pada waktu itu sedang duduk di pintu gerbang Sodom terlihat mereka. Dia pun bangkit serta mendapati mereka lalu sujud.
2 Katanya, “Tuan-tuan, kumohon semoga tuan-tuan bersinggahlah di rumah hambamu ini, dan bermalamlah. Basuhlah kaki tuan-tuan, esok pagi tuan-tuan dapat melanjutkan perjalanan.” Jawab mereka, “Tak perlu susah-susah, kerana kami akan bermalam di kawasan lapang sahaja.”
3 Namun demikian, Lut beria-ia mendesak mereka sehingga mereka