1 Pernyataan ilahi yang diperlihatkan kepada Nabi Habakuk.
2 Berapa lama lagi, ya TUHAN, harus aku berteriak meminta tolong, tetapi Engkau tidak mahu mendengar? Adakah aku perlu menjerit “Keganasan!” kepada-Mu, namun Engkau tidak mahu menyelamatkan?
3 Mengapakah Engkau membuat aku melihat kejahatan dan memandang kezaliman? Penjarahan dan keganasan terjadi di hadapanku. Persengketaan dan perbalahan berterusan.