1
Kamu
sekalian
yang
menjadi
tuan,
berilah
apa
yang
adil
dan
wajar
kepada
hamba-hambamu,
kerana
kamu
tahu
bahawa
kamu
pun
mempunyai
Tuan
di
syurga.
2
Bertekunlah
dalam
doa
dan
berjaga-jaga
serta
mengucap
syukur.
3
Doakan
kami
juga,
semoga
Allah
membukakan
kami
suatu
pintu
bagi
firman-Nya,
supaya
kami
bercakap
tentang
rahsia
Kristus.
Oleh
sebab
rahsia
itulah
aku
terpenjara
ini,
4
semoga
aku
dapat
menyatakannya
dengan
jelas,
sebagaimana
yang
sewajarnya.
5
Dekatilah
orang
luar
dengan
bijaksana,
dan
pergunakanlah
setiap
peluang
dengan
baik.
6
Perkataanmu
hendaklah
sentiasa
penuh
dengan
kasih
kurnia,
digarami
kebijaksanaan,
supaya
kamu
tahu
menjawab
setiap
orang
dengan
sewajarnya.
7
Saudara
kita
Tikhikus
yang
dikasihi
akan
memberitahumu
segala
hal
ehwalku.
Dia
seorang
hamba
yang
beriman,
dan
teman
sekerjaku
dalam
pekerjaan
Tuhan.
8
Aku
mengutusnya
kepadamu
supaya
dia
mengetahui
hal
ehwal
kamu
dan
menggalakkan
hatimu.
9
Bersamanya
ialah
saudara
kita
Onesimus
yang
beriman
dan
dikasihi,
dia
orang
kamu.
Mereka
berdua
akan
memberitahu
kamu
segala
yang
berlaku
di
sini.
10
Aristarkhus,
temanku
dalam
penjara,
berkirim
salam
kepadamu.
Demikian
juga
Markus,
saudara
sepupu
kepada
Barnabas.
(Kamu
telah
mendapat
arahan
tentangnya;
kamu
harus
menyambut
jika
dia
datang
mengunjungimu.)
11
Yesus,
yang
dipanggil
Yustus,
juga
berkirim
salam
kepadamu.
Mereka
inilah
sahaja
orang
bersunat
yang
bekerja
bersamaku
untuk
kerajaan
Allah,
dan
mereka
menjadi
penghibur
hatiku.
12
Epafras,
seorang
daripada
kamu,
juga
berkirim
salam
kepadamu.
Dia
hamba
Kristus
Yesus
dan
sentiasa
mendoakanmu
bersungguh-sungguh,
supaya
kamu
berdiri
teguh
dengan
penuh
keyakinan
dan
kematangan
dalam
segala
yang
dikehendaki
Allah.
13
Aku
bersaksi
bahawa
dia
amat
berusaha
untuk
kamu
dan
orang
di
Laodikia
serta
di
Hierapolis.
14
Lukas,
tabib
yang
dikasihi
itu,
pun
berkirim
salam
kepadamu,
begitu
juga
Demas.
15
Sampaikan
salamku
kepada
saudara-saudara
di
Laodikia,
dan
kepada
Nimfa
serta
jemaah
di
rumahnya
itu.
16
Apabila
surat
ini
dibacakan
dalam
kalanganmu,
pastikan
bahawa
surat
ini
dibacakan
pula
dalam
jemaah
orang
Laodikia.
Kamu
pula
bacalah
surat
dari
sana.
17
Katakan
kepada
Arkhipus,
“Berilah
perhatian
kepada
kerja
yang
telah
kamu
terima
dalam
Tuhan,
supaya
kamu
dapat
melaksanakannya.”
18
Salam
daripadaku,
Paulus,
dengan
tulisan
tanganku
sendiri.
Ingatlah
bahawa
aku
terpenjara.
Semoga
kasih
kurnia
Allah
menyertaimu.