ALPHA PREVIEW

BOT Telegram

Alkitab Versi Borneo (AVB) sedia ada dalam aplikasi telegram Bot SABDA.

Akses untuk Bot SABDA

Cara untuk mengakses Alkitab Versi Borneo dalam aplikasi telegram Bot SABDA:

  • Buka aplikasi Telegram: https://telegram.org/
  • Pilih menu ‘Cari’ dengan mengklik ikon kaca pembesar di sebelah kanan bahagian atas.
  • Taip ‘sabdabot’ dalam kotak carian.
  • Akaun bernama ‘Bot SABDA’ akan muncul.
  • Anda berada pada halaman utama Bot SABDA.
  • Taip ayat, contohnya:
    • Yoh 3 AVB
    • Yoh 3:16 AVB
Selain itu, kamu juga boleh mengakses Bot SABDA secara langsung menerusi http://t.me/sabdabot

Tetapan Asal Versi AVB

Tukar tetapan asal kepada versi ‘Alkitab Versi Borneo’. Cara guna:

  • Taip /pengaturan.
  • Pilih versi yang dikehendaki.
  • Pilih Bahasa Malaysia.
  • Pilih versi terjemahan ‘Alkitab Versi Borneo’.
  • Versi tetapan asal terjemahan akan bertukar.
  • Taip ayat, contohnya:
    • Yoh 3
    • Yoh 3:16

Perisian Alkitab (SABDA)

SABDA adalah program Alkitab yang bertujuan membantu umat Kristian menerusi ajaran Alkitab secara mendalam, teliti dan mudah! Perisian SABDA mengandungi program Alkitab yang diperkembangkan daripada program Bible Online, yang kemudiannya dilengkapi dengan ‘Rak Buku Elektronik’ dan pelbagai bahan alkitabiah Kristian. Terdapat lebih daripada 50 versi Alkitab dan modul-modul buku yang lain. Anda boleh mendapatkan perisian SABDA secara PERCUMA.

  • Muat turun perisian: SABDA
  • Muat turun modul: AVB