1 Kesemua hal ini kupertimbangkan dalam hatiku hingga dapat kunyatakan bahawa orang salih dan orang bijaksana dan segala perbuatan mereka ada dalam tangan Allah. Manusia juga tidak mengetahui baik kasih mahupun kebencian, malah apa-apa pun yang akan dihadapinya.
2 Nasib yang sama menantikan semua manusia di bumi ini, baik yang salih mahupun yang fasiq, yang baik ataupun yang jahat, baik yang suci mahupun yang najis, baik yang mempersembahkan korban mahupun yang tidak mempersembahkan korban. Orang yang baik dan orang yang berdosa serta orang yang bersumpah dan juga orang yang takut bersumpah; semuanya menerima layanan yang sama.