1 Mazmur Daud. TUHAN ialah gembalaku, aku tidak akan kekurangan apa-apa pun.
2 Dia membuat aku berbaring di padang rumput yang hijau, Dia membimbingku ke tepian air tenang,
3 Dia memulihkan jiwaku. Dia membimbingku ke jalan benar demi nama-Nya.
4 Ya, meski aku melangkah di lembah bayangan maut, aku tidak akan takut kepada kejahatan, kerana Engkau ada bersamaku; gada dan tongkat-Mu menetapkan hatiku.
5 Engkau menyediakan hidangan untukku di hadapan musuhku. Engkau mengurapi kepalaku; cawanku melimpah.
6 Tentulah kebaikan dan kasih akan mengiringiku seumur hidupku, dan aku akan tinggal di dalam rumah TUHAN selama-lamanya.