1
Setelah
itu,
Yesus
dibawa
oleh
Roh
ke
gurun
untuk
digoda
Iblis.
2
Setelah
Yesus
berpuasa
empat
puluh
hari
empat
puluh
malam,
Dia
berasa
kelaparan.
3
Iblis
datang
kepada-Nya
lalu
berkata,
“Jika
Engkau
Anak
Allah,
perintahkanlah
batu-batu
ini
menjadi
roti.”
4
Yesus
menjawab,
“Telah
tersurat:
‘Manusia
hidup
bukan
dengan
roti
sahaja
tetapi
dengan
setiap
firman
yang
keluar
daripada
mulut
Allah.’ ”
5
Selepas
itu,
Iblis
membawa
Yesus
ke
kota
suci
lalu
meletakkan-Nya
di
puncak
Bait
Suci dan
6
berkata
kepada-Nya,
“Jika
Engkau
Anak
Allah,
terjunlah,
kerana
telah
tersurat:
‘Tentang-Mu,
Allah
akan
memerintahkan
malaikat-malaikat-Nya
dan
mereka
akan
menatang-Mu
supaya
kaki-Mu
tidak
terhantuk
batu.’ ”
7
Yesus
menjawab,
“Tetapi
telah
tersurat:
‘Janganlah
engkau
menduga
Tuhan,
Allahmu.’ ”
8
Iblis
membawa
pula
Yesus
ke
atas
gunung
yang
amat
tinggi
lalu
menunjukkan
kepada-Nya
semua
kerajaan
di
dunia
serta
kemuliaannya.
9
Kata
Iblis
kepada
Yesus,
“Semua
ini
akan
kuberikan
kepada-Mu
jika
Engkau
sujud
menyembahku.”
10
Jawab
Yesus,
“Nyah
engkau,
Iblis.
Telah
tersurat:
‘Hendaklah
engkau
menyembah
Tuhan,
Allahmu
dan
kepada-Nya
sahaja
engkau
beribadat.’ ”
11
Iblis
pun
meninggalkan
Yesus
dan
para
malaikat
datang
melayani-Nya.
12
Apabila
mendengar
bahawa
Yohanes
telah
dipenjarakan,
Yesus
pun
pergi
ke
Galilea.
13
Dia
tidak
tinggal
di
Nazaret
tetapi
di
Kapernaum,
sebuah
kota
di
pinggir
Laut
Galilea
di
kawasan
Zebulon
dan
Naftali.
14
Dengan
demikian
terlaksanalah
apa
yang
dikatakan
oleh
Nabi
Yesaya:
15
“Tanah
Zebulon,
Tanah
Naftali,
di
pinggir
laut,
seberang
Sungai
Yordan,
Galilea,
daerah
bangsa-bangsa
asing.
16
Bangsa
yang
hidup
dalam
kegelapan
telah
melihat
cahaya
yang
gemilang.
Bagi
mereka
yang
tinggal
di
negeri
yang
di
bawah
bayangan
maut,
cahaya
telah
bersinar!”
17
Yesus
pun
mula
menyampaikan
perkhabaran-Nya,
“Bertaubatlah,
kerana
kerajaan
syurga
hampir
tiba!”
18
Ketika
Yesus
berjalan
di
pinggir
Laut
Galilea,
Dia
ternampak
dua
orang
saudara,
iaitu
Simon,
yang
juga
dipanggil
Petrus,
dan
saudaranya
Andreas.
Mereka
sedang
menebarkan
jala
di
danau
kerana
mereka
nelayan.
19
Yesus
berkata
kepada
mereka,
“Ikutlah
Aku
dan
Aku
akan
menjadikan
kamu
penjala
insan.”
20
Dengan
serta-merta
mereka
meninggalkan
jala
mereka
dan
mengikut-Nya.
21
Sejurus
berjalan
dari
sana,
Yesus
ternampak
dua
beradik
lagi,
Yakobus
dan
Yohanes
bersama
bapa
mereka
Zebedeus,
sedang
mengemaskan
jala
di
dalam
perahu.
Yesus
memanggil
dua
beradik
itu.
22
Seketika
itu
juga
mereka
meninggalkan
perahu
dan
bapa
mereka
lalu
mengikut
Yesus.
23
Yesus
menjelajah
ke
serata
Galilea.
Dia
mengajar
di
saumaah
dan
menyampaikan
Injil
Kerajaan
Allah
serta
menyembuhkan
semua
jenis
penyakit
dan
kesakitan
dalam
kalangan
mereka.
24
Berita
tentang
Yesus
tersebar
di
seluruh
Siria.
Maka,
ramailah
orang
yang
menanggung
pelbagai
penyakit
dan
penderitaan,
orang
yang
dirasuk
roh
iblis,
yang
menghidap
penyakit
gila
babi,
dan
yang
lumpuh,
dibawa
kepada-Nya
dan
disembuhkan
oleh-Nya.
25
Ramai
sekali
orang
mengikut-Nya:
dari
Galilea
dan
Dekapolis
(bermaksud
Sepuluh
Kota),
dari
Yerusalem,
dari
Yudea,
dan
dari
kawasan
di
seberang
Yordan.