1
Pada
masa
itu
Yohanes
Pembaptis
menyampaikan
berita
ini
di
gurun
di
Yudea.
2
Dia
berseru,
“Bertaubatlah,
kerana
kerajaan
syurga
hampir
tiba!”
3
Yohaneslah
yang
dimaksudkan
dalam
nubuat
Nabi
Yesaya:
“Suara
seorang
berseru
di
gurun:
‘Sediakanlah
jalan
untuk
Tuhan,
luruskanlah
jalan
untuk-Nya.’ ”
4
Pakaian
Yohanes
diperbuat
daripada
bulu
unta
dan
tali
pinggangnya
daripada
kulit.
Makanannya
belalang
dan
madu
gurun.
5
Orang
dari
Yerusalem,
seluruh
Yudea
dan
segenap
kawasan
sekitar
Sungai
Yordan
datang
mendapatkan
Yohanes.
6
Mereka
mengakui
dosa
mereka
lalu
dibaptiskan
oleh
Yohanes
di
Sungai
Yordan.
7
Ramai
orang
Farisi
dan
Saduki
datang
untuk
dibaptiskan.
Apabila
melihat
mereka,
Yohanes
berkata,
“Hai,
kamu
bagaikan
ular
kapak
berbisa!
Siapakah
yang
mengingatkan
kamu
supaya
melepaskan
diri
daripada
kemurkaan
Allah
kelak?
8
Buktikanlah
dengan
perbuatan
bahawa
kamu
telah
bertaubat.
9
Jangan
sangka
kamu
dapat
berkata
sesama
sendiri,
‘Abraham
bapa
moyang
kita.’
Ketahuilah,
Allah
berkuasa
menjadikan
batu-batu
ini
anak
cucu
Abraham!
10
Kapak
sudah
terletak
pada
akar
umbi
pokok.
Setiap
pokok
yang
tidak
menghasilkan
buah
yang
baik
akan
ditebang
dan
dihumbankan
ke
dalam
api.
11
Aku
membaptismu
dengan
air
untuk
menunjukkan
bahawa
kamu
telah
bertaubat.
Tetapi
Dia
yang
datang
selepasku
akan
membaptismu
dengan
Roh
Kudus
dan
api;
Dia
lebih
berkuasa
daripadaku;
membawakan
kasut-Nya
pun
aku
tidak
layak.
12
Tangan-Nya
memegang
nyiru
untuk
menampi.
Dia
akan
membersihkan
tempat
pembantingan
dan
mengumpulkan
gandum
di
dalam
jelapang-Nya
tetapi
sekam
akan
dibakar-Nya
di
dalam
api
yang
tidak
dapat
dipadamkan.”
13
Ketika
itu,
Yesus
meninggalkan
Galilea
lalu
pergi
ke
Sungai
Yordan
untuk
dibaptiskan
oleh
Yohanes.
14
Akan
tetapi,
Yohanes
cuba
menolak
dengan
berkata,
“Sepatutnya
Engkau
yang
membaptisku.
Ini
Engkau
pula
datang
kepadaku!”
15
Tetapi
Yesus
menjawab,
“Biarkanlah
demikian
untuk
sekarang,
kerana
dengannya
kita
akan
menunaikan
segala
perbenaran.”
Yohanes
pun
patuh.
16
Setelah
dibaptiskan,
Yesus
keluar
dari
air
dengan
segera.
Lalu
terbukalah
langit
dan
Dia
melihat
Roh
Allah
turun
seperti
burung
merpati
ke
atas-Nya.
17
Kemudian
kedengaran
suara
dari
syurga,
“Inilah
Anak-Ku
yang
Kukasihi
dan
dengan-Nya
Aku
berkenan.”